Saturday, 19 April 2014

10 hari lagi..

Makin dekat macam2 perasaan.. Marah,sedih,takot, bercampur2.. Btl ke ni aku da nak kawen... Btl ker ni aku akan hidup dgn hafiz... Ya Allah kau permudahkan la segalanye... Jadi kan aku isteri yg solehah.. Isteri yg slalu sbr dan sentiasa di belakang suami susah dan senang.. Jadikan ayu menantu yg terbaik.. Yg sentiasa membuatkan suami ku bangga dgn ku... Kau kuatkan la ikatan kasih syg kami selamenya hingga ke jannah.. Hafiz... Tlng jg sy baek2.. 😢😢

Thursday, 22 November 2012

Mcd

Sejak2 ni ramai yg mule sedar kebaikan boikot brg israel.. Jgn la separuh jalan je ok!!trus kan boikot 2.. Sbb 1 mcd mcm sebiji peluru tentera israel... Dorunk mmg nk hapuskn islam.. Sedih sgt2 tgk peperangan d GAZA.. hope mereka kuat n Allah dpt membalas kekejam yahudi.. Kini aku sedar betape ptgnye boikot ni... !__!

Wednesday, 7 November 2012

Selamat malam

En.syg sudah tdo sbb penat seharian inspection.. Bygkan kl-kedah-kl dlm sehari.. Klu aku kt tempat dy pn aku xmampu nk wt sume ni.. I luv u so much!!! <3

Tuesday, 17 July 2012

Hargai la hawa adam.. Hanye 1 pintaku

Hargaila wanita
wanita adalah hiasan dunia
hiasan yang cantik adalah hiasan yang dijaga setiap inci anggotanya

pernah terdengar satu perumpamaan tentang wanita

wanita ibarat sebiji epal
epal yang cantik segar bugar berada tinggi di atas pokok dan hanya orang yang berani serta terpilih saja bisa memetiknya
namun epal yang di bawah dan buruk gugur di atas tanah mudah saja dipetik dan disepak begitu saja oleh sesiapa pun

ingin sekali aku menjadi epal yang di atas itu.. yang cantik dan segar..menunggu masa dipetik oleh insan yang bernama lelaki yang soleh

seringkali wanita ini digambarkan sebagai seorang insan yang lemah dan sering ditindas
namun lihatlah pada realitinya kini.. mungkin pada zahirnya dia seorang yang lemah tidak punya kekuatan untuk melakukan kerja- kerja yang berat namun apa yang tersirat, wanita lebih kuat dalam segi ketabahannya mengharungi liku2 hidupnya.

seorang wanita yang berkahwin akan mengorbankan seluruh hidupnya demi untuk berbakti kepada suaminya
hidup sosialnya, tenaganya, kewangannya, emosinya semuanya dikorbankan asalkan dapat menjadi isteri yang solehah
oleh itu, apakah lagi yang seorang lelaki mahukan dari seorang wanita selain daripada ketaatannya kepada si Pencipta serta suaminya?

ambil contoh seorang surirumah
jangan disangka mudah untuk menjadi seorang surirumah hanya kerana dia duduk di rumah!
setiap awal pagi kadang kala sebelum subuh lagi sudah bangkit untuk memasak sarapan, menyediakan pakaian suami dan anak- anak, kemudian mengejutkan mereka untuk bangun lalu mengemas rumah.
kain yang berlambak - lambak perlu dibasuh, disidai, dilipat dilakukan sendirian oleh mereka tanpa keluhan
kemudian bergegas ke dapur semula untuk memasak makanan tengah hari dan malam
mengemas rumah lagi
lap barang2 dalam rumah supaya tidak berhabuk
kemudian anak2 pulang dari sekolah, sediakan keperluan mereka pula
mengajar dan mendidik mereka supaya menjadi insan berguna
lebih berat tanggungjawabnya apabila mertua yang sakit tinggal di rumah
dia adalah menantu yang dibenci tapi dialah yang setia menjaga dan menyediakan segala keperluan si mertua
tahan saja segala cemuhan dan kejian
berkorban rasa hati yang resah demi pahala yang berganda
berkorban kudrat tenaga demi kebaikan bersama

suami pulang dari kerja..menyambut dengan senyuman
melayan karenah suami dan anak- anak yang tiada kesudahannya
tidur lewat kerana menyediakan keperluan keluarga untuk esoknya
menjahit pakaian yang koyak

kemudian bangun awal pada keesokan harinya

dan begitulah rutinnya sehari- hari tiada noktahnya

jika orang gaji yang diberi gaji pun diberi cuti sehari seminggu
mengapa seorang isteri yang menjadi surirumah tidak diberi cuti sepanjang hayatnya?
sudahlah tiada gaji.. masa untuk diri sendiri pun tiada
apakah ini yang kita panggil keadilan?

walau sepahit mana dugaan yang menimpa dirinya
dia tetap tabah
namun masih ramai dalam kalangan kaum Adam tidak mengerti
apakah tanggungjawab mereka terhadap kaum Hawa

kami perlu dipimpin
bukan dihukum
berlembutlah dengan kami
bukan dengan memukul
lindungilah kami
bukan binasakan kami
perbetulkan kami
bukan ambil kesempatan terhadap kami
jagalah hati dan perasaan kami
jangan biarkan kami menangis seorang diri

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

wahai sekalian kaum Adam
hargailah wanita disekelilingmu
andai salahnya dia..perbetulkan
andai kasarnya dia.. lembutkan
andai sedihnya dia..hiburkan

tiada yang sempurna..semua punya kekurangannya
maka Allah ciptakan Adam dan Hawa
saling melengkapi setiap kekurangan masing- masing
jangan melihat terhadap apa yang bakal kamu dapat dari dia
tapi lihatlah terhadap apa yang kamu dapat berikan kepada dia

tanpa Adam tiadalah Hawa
tanpa kaum Hawa.. tiada wujudnya kaum Adam

Butakah CiNtA????

Tetibe mcm besh plak dgr lagu ni.. Besh plak lirik walaupn jiwang.. Haha.. Padahal aku mmg jiwang ;p




Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia


Tuesday, 10 April 2012

JUJUR~

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

Friday, 30 March 2012

NAIK PANGKAT!!!

ALhamdullillah...genap 4 taun berkeja di CIMB...aku da naik pangkat sbg ASST OFFICER...
rase hepi sgt2.... sume ni rezeki dr ALLAH utk aku.......

Sunday, 16 October 2011

K.A.M.I bersatu & menyatu ^__^

Aku mencintai nya sepenuh hati....ya Allah...kau pertemukan la jodoh kami di dunia n akhirat.. Kuat kan hati kami melalui tiap ujian mu ya Allah..sesungguhnya aku manusia yg lemah.... aku BAHAGIA bersamenya...terima kasih ya Allah....